Tuesday, February 26, 2013

BERI DIA PELUANG !

waktu break 2 jam . . . . . 

Fina , Minn dan Aina, 3 sekawan  berada di dalam library tingkat dua blok D bersebelahan dengan makmal Biologi . setelah tamat waktu Biologi mereka bertiga bergegas ke perpustakaan untuk study group . Kononnya ! ada kalanya terdengar usikkan , sesekali terdengar pulak gelak ketawa . yeah walaupun di dalam library . namum , mereka bertiga bijak mengawal keadaan daripada di ketahui ' guard library ' .

*agak boring eh ?* 

eheh 

" ehem . . . . tumpang lalu awak bertiga sekat laluan saya ! saya nk pilih buku kat rak ni sekarang urgent ! nak sembang pun cari la meja dengan kerusi kat library ni banyak je kerusi meja yang kosong . . . ni tak cari celah celah rak ni menganggu betul lah ! "

Fina , Minn dan Aina serentak memaling wajah mereka ke suara itu . . . . GLUP ! masing - masing kelihatan ketakutan , cuak , risau , bimbang , terkejut , nak menagis ( ok hiperbola di situ ) . lalu mereka bertiga bangun dari duduk dan terus berlalu sambil menunduk . 

setelah masing- masing mendapat tempat di kerusi dan meja yang kosong dia menjeling-jeling lelaki tersebut . 

" apa dia ingat library ni kakak angkat punya jiran punya adik punya nenek diakah sampai nak halau orang ! dah halau kutuk pulak ! " Finn mendengus entah kenapa dia berasa amat sakit hati apabila tersindir oleh lelaki itu mungkin kerana dia yang memilih tempat itu awalnya .

Minn hanya mengangguk dan terus menyiapkan Logharitm dalam buku latihan Add Mathnya . sesekali ada juga dia merungut .

" orang macam mamat tu aku rasa bukan setakat nk buat laki  nak buat kawan pun jangan harap ! " 

" ah ha . . . kau tau tak yang dia pernah kena tangkap merokok dekat belakang bangunan blok A masa form 3 . tp orang macam dia tu tgk pun dah tahu yang dia tu perokok . first , dia tak kan berubah . second , masa depan tak ada . third , hidup dia hancur ! " 

kek kek kek Fina dan Minn ketawa mengekek mereka lebih suka mengumpat dan mengutuk orang sebaliknya Aina hanya mampu menunduk lalu mengeleng , baginya , Fina dan Minn memang best kalau buat kawan tapi tidak untuk mengutuk orang , dia sudah lali dengan perangai Fina dan Minn itu yang tak berubah itu . sudah banyak kali dia menasihati kawan- kawannya sebaliknya respon mereka menghampakannya . 

" eh sedap tak ? "

serentak Fina dan Minn mengalih wajah mereka ke arah Aina pelik

" apa yang sedap ? " tanya Minn lurus 

" daging manusia yang hampa dua ratah tu , dengan ada darah , berulat , busuk lagi "

serentak kening Fina dan Minn terangkat cuba menangkap maksud Aina

" erk . . . . e'e apa ni kotor la benda tu nak ratah pun welkkk " Fina membuat muka geli

" dah tu suka makan darah daging saudara sendiri ? ' '

" awak berdua , ya ! dia tu nampak je macam tu . dan yes ! dia perokok tapi suatu  masa dahulu . bukan sekarang ! please stop and tolong bagi dia peluang untuk berubah ! jangan la hampa dua dok kutuk dia . kalau dia yang kutuk hampa dua cam na ? sakit hati kan ? agak la nak kutuk pun . maybe kita benci dan tak suka dia tapi siapa tahu Allah lebih sayang dia dari kita ! yang tu kita tak tahu . yes dia lebih mulia daripada anda yang kuat agama ini tapi hakikatnya hampa dua suka mengumpat ! ingat Dia Fina , Minn , saya sayang sngat hampa dua sebab kita sahabat , sayang sangat ! dan saya tak nak hampa dua terpesong , jom la kita sama - sama masuk syurga , kutuk orang , hina orang mengumpat tetap salah ! berdosa , jaga lidah jaga hati jaga diri ! beri peluang kepada mereka yang kita kutuk itu  untuk berubah ! beri peluang itu  sedangkan Allah sentiasa membuka pintu taubat , nikan pula kita manusia yang tidak sempurna dan tidak ada apa - apa ini "

---------------------------------------------------------------------------------------


SUKA - SUKA LIKE YEA

Saturday, February 23, 2013

TANDA TANYA TANPA JAWAPAN PASTI

' ' assalamualaikum ! waszzz up ? ' '

' ' waalaikumsalam bro ! ' '

' ' do ? ' '

' ' thinking ' '

' ' caramel or jelly ? ''

' ' caramel ' '

' ' chocolate or vanilla ' '

' ' both ' '

' ' cola or pepsi ? ' '

' ' no thanks ' '

' ' computer or lappy ? ' '

kini keningnya terangkat . namanya Muhammad Jerry Tan atau senang dipangil Joey oleh rakan sepasukannya . ya ! dia mualaf . 

' ' tarbiah or dakwah ? ' '

' ' both ' ' sebaris senyuman disedekahkan kepada rakan tercinta

' ' wanita solehah or ' wanita tepi jalanan ' ? ' '

Joey berhenti menyiapkan tugasannya

 ' ' both too ' '

' ' why ? ' '

' ' sape tak nak perempuan cantik dan ada akhlak baik punya tapi kalau semua orang berebut yang solehah je macam mana yang tak solehah tu ? ' '

Jade berhenti menulis disertakan dengan tanda tanya yang tiada penghujung .

masing - masing diam seribu bahasa . ya ! kalau semua lelaki dalam dunia ni idamkan wanita solehah je macam mana yang tak solehah tu ?

' ' maksud kau ? ' '

' ' kalau mereka tak solehah dan dapat pulak jodoh  yang tak soleh siapa yang bawa mereka ke jalan yang benar ? lepas tu hanyut begitu saja ? ' ' 

' ' bergantung kepada diri sendiri ' '

Joey terkulat-kulat mengangguk bagi mengiakan kenyataan sepatah Jade . siapa sangka Jade yang disangkanya dulu mat rempit tak tentu hala kaki rewang tepi jalan sekarang lebih arif tarbiah berbanding dirinya .  

' ' aku teringat khai ' ' 

' ' khai ? ' '

masing- masing terdiam sekali lagi , runsing memikirkan hal Khai kemudian serentak mereka mengeleng .

' ' aku harap dia berubah ' '

' ' tak ! aku harap dia kembali macam dulu ' '

Joey mengangguk ' ' aku harap macam tu jugak ' '

Jade menunduk sambil berdoa dalam hati agar Allah beri keampunan kepada Khai . kerana wanita Khai ! kerana wanita ! Khai merupakan rakan sekelas mereka sewaktu sama - sama belajar di sekolah menengah dahulu . Khai la yang paling ' alim ' di kalangan mereka . yang paling kerap gerakkan mereka waktu subuh yang sering memberi tazkirah pagi pagi tak cukup dengan itu pakaiannya juga menunjukkan dia ' alim ' yes . . . dia bersongkok sepanjang masa kecuali waktu tidur . Namun . kini ? segalanya berubah ! segalanya berubah ! hanya kerana seorang wanita ! kerana wanita yang ' kononnya solehah tapi ? '   kerana itulah Joey dan Jade insaf dan tak kan sesekali mempercayai wanita dalam hidup mereka cukup lah dengan ilmu agama bagi mereka baitul muslim dikemudiankan kerana banyak perkara yang perlu di kejar  berbanding fikir soal jodoh , cinta manusia , cinta monyet semua tu tiba masa barulah boleh fikirkan orang yang sealim Khai tu pun boleh rosak kerana wanita inikan orang yang tak seberapa alim seperti mereka ? 

siapa mereka menafikan kenyataannya ? manusia boleh berubah ! yang tak alim boleh berubah jadi alim , yang bukan Islam boleh berubah jadi Mualaf , paling ditakuti yang alim dan sedia ada ilmu didada dikuatiri berubah kepada kejahatan pula ?    

----------------------------------------------------------------------------------------

^_^ kredit to pemilik hati _heartbeat pacemaker









SUKA - SUKA LIKE YEA

Tuesday, February 12, 2013

aku bukan manusia yang ada sentimental value !

kepala yang tidak gatal digaru . . . mulut diketapkan . . . kening terangat keatas kepala pula digeleng-geleng beberapa kali . . . 

'' cintaku kepadamu umpama bulan dipagari bintang ''

hahahaha terbahak-bahak aku ketawa 

'' cintaku padamu tak akan padam hingga ke akhirnya ''

hahahaha kali ini ketawa berdekah -dekah sampai terguling - guling 

'' semoga jodoh kita sampai awal . saya harap awak jadi jodoh saya ''

hahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha ketawa aku kali ini lebih marak lagi bahkan hampir terpengsan disini jugak . aku mengejek kata-kata itu sambil ketawa !

tap suis tv ditutup !

aku ialah aku







semak oii !

siapa tak kenal aku secara betul betul dan ingat aku mudah jatuh cinta memang silap besar la sbb aku bukan sentimental punya orang ~

simple ! yes . aku jenis manusia yang simple dan bencikan hal hal emosi , biarlah ianya datang sendiri bila hati aku terbuka . study la bagi habis at least one day cita-cita aku nak jd specialist tercapai dan ilmu fardhu ain dengan ilmu kifayah mantop mungkin time tu baru nak buka hati kot ! tp kalau tak sampai aku pasrah mungkin jodoh aku untuk wildan (bidadari lelaki) di syurga nanti alhamdulillah berusaha la bg dpt masuk sana kan ? bukan susah laksanakan apa Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang pasti syurga menjadi milik kita yeah ! berusaha ! chaiyok ! . . . untuk masa ni jangan buat lawak la aku sakit perut dah gelak hal hal emosi ni . alah buat penyakit aku semakin kronik ja . sanggup ker tengok aku semakin sakit ? 

aku sakit = fobia dengar perkataan CINTA MANUSIA YG BERLAINAN JANTINA  hahaha ~ LOL ! memang tolak tepi awai-2 istilah tu 

AKU PENIPU !

yes aku penipu besar kepada diri sendiri sebab tak mengaku hal perasaan ni . aku pernah ada perasaan kat seseorg ni tapi aku bukan jenis yang suka looking forward biarlah suka dah ! STOP ! situ tak yah nak lanjut lanjut kata aku couple , bercinta or kawin oh ! noway !  welkkkkk termuntah oren ja tak pasai 

FRIENDZONE !

aku ramai sangat kawan lelaki ! eh ? yeah ramai la jugak dlm lebih drp sepuluh kalau kira kawan-2 tuisyen , skolah , jiran . . . ramai la tp bagi aku senang ja . . . diorang semua sama . . . dia disini ke dia disitu ke anda tetap sama . oh sebelum tu ada jugak yang agak lain dari yang lain tapi hakikatnya lepas kenal lama - lama sama jugak ~ kesimpulannya kawan aku semua sama ja . . .dan KAWAN SAMPAI BILA - BILA PUN TAK BOLEH JADI KEKASIH anda faham ? kalau anda menafikannya memang silap besar la sebab aku bukan manusia yang ada sentimental value ! bahaya ! weh ! .tp apapun aku straight ok ! 

HATI PERASAAN ! 

ok stop jangan buat aku ketawa terguling-guling . aku juga manusia biasa suka suki ja baca novel cintan cintun layan je tp tak da la sampai terguling baca kisah cinta tapi kalau kisah tu berlaku betul memang tahap nak termuntah hijau jer hahaha kelaka la anda tak padan dengan tak da nilai sentimental . payah hidup dengan manusia macam aku ni tak da sentimental automatik tidak romantik hati keras bak batu kerikil kerikil tajam jer muahahaha 

* kenyataannya inilah aku lagipun cinta Allah pun tak kejar ! berbakti kepada mak ayah pun tak mampu ! belajar pun tak habis ! kerja pun tarak ! ada hati nak kejar cinta manusia ? ? ? fushhhhh tersentap ! memang sah la aku tak kan jatuh cinta manusia gini . . . sedarlah wahai anda ! yes anda terasa itu termasuk la saya  *





SUKA - SUKA LIKE YEA

Wednesday, February 6, 2013

" janji tau kalau satu hari kita terpisah tak tegur sapa kena ingat sampai bila - bila yang kita pernah kenal antara satu sama lain lebih daripada seorang kawan . . ."  Ed menghabiskan kata - katanya . . .

"oii !!!! " 
tersentap ! 

" eh kau ni kacau la aku baru nak jiwang teringat kat dia kacau daun limau purut betul la " jujur Fika

 laju tangan Ika merayap ke dahi Fika

" kau deman ke ? ya Allah kau ni aku tau la lepas SPM jangan la dok buat rindu mcm tu . . . macam orang angau tau tak ! " tutur Ika sambil ketawa terbahak - bahak .

" so , kalau aku angau pun ? "

" hmmm dulu kau la seorang yang anti couple . . . couple is trouble la . . . couple itu haram la . . . ha. . . . sekarang ni kau nak kata apa bila diri sendiri rasa apa orang len rasa " bidas Ika

" ehe hello . . . aku masih berprinsip ok . . . aku bukan couple aku just teringat ja . . . salahkah ? sapa yang tak pernah ada perasaan sepel macam tu ? cuba bagitau aku ha . . ." 

" ok la aku faham buat macam aku tak kenal kau tu macam mana . . . bala dah mari . . . nah ambik secret admire kasi " Ika menghulur surat berwarna pink 

" Kimi ? " soal Fika dengan kehairanan 

" ah ha . . . dia yang selalu tweet kau , selalu ym kau . . . facebook kau setiap hari tu . . . "

PRAK !!!!

" kau koyak kertas tu sikit pun tak teringin nak baca ? " kata Ika dengan riak terkejut 

" kenape salahkah ? " tanya Fika

" aku tak suka la . . .  aku nak halang dia aku tak reti . . . aku biar je dia buat apa yang dia suka even tak kan sentuh aku or tegur aku or sembang - sembang face to face tapi aku rimas dalam twitter , fb , ym rancak pulak . . . aku malas la nak layan . . bila aku layan pun tak sepenuh hati  . . tp aku layan pun bagi sedap kan hati dia ja . . . apa dia ingat aku nak hadap sangat ker ? senget je . . .  hipokrit macam tu  ko tau tak ! " Fika mengeling ke arah Ika 

" orang dah suka buat tak nak . . . tolak rezeki betul la kau ni "

" aku dah ada orang lain . . . when kita dah start suka orang tu walaupun dari umur kita enam tahun dahulu  sampai sekarang and sampai bila - bila pun  kita akan suka dia "

" kau biar betik ? kawan sepermainan kau yang kau selalu cerita kat aku tu ? sapa nama dia ? Ed ? kau agak la dah 8 tahun kot kau dah hidup tak kan dia  tu jugak pilihan hati " 

" nak buat cam na start aku pindah rumah , aku ditakdirkan jiran dengan dia , kawan sepermainan dengan dia . . . serious dia dulu sangat la comot ! gemuk ! perut boroi makan banyak ! tapi sekarang dah tinggi . . . matang pulak tu . . pakai spek makin handsome pulak kulit tak de la gelap sangat ala - ala aku jugak . . . hidung mancung haishhh aku memang tak leh lupa . . . dia la jiran aku yang aku paling rapat tapi aku dah lost contact bila start form 1 dia masuk SBP  aku pulak masuk skolah Kluster sedih kot berpisah . . . nak jumpa pun dah jarang "

" sabar la doa - doa la kisah kau nanti macam kisah saidina Ali dengan Fatimah Az-Zahra k . . . bagus kau dah lost contact dengan dia . . . kau lebih bersedia . . . alang - alang dia jiran kau lagi la mudah urusan tu sabar ek . . . "

" aku rindu dia . . . teringat aku selalu main masak - masak dengan dia lumba lari dulu hahaha lawak gila time tu "

" bala - bala kesian Kimi bertepuk sebelah tangan nak buat cam na dah orang tak nak kau cari orang lain la jawabnyer . . . eh banyak perkara kot dia dah buat kat kau tak kan tak cair kot . keras bin batu kau ni kan "

"  CINTA TAK BOLEH PAKSA LA ! ! ! ! ! mangkuk ayun kembang semangkuk semangkuk - mangkuknya la dia tu !!! " tegas Fika 

" ye lah ! ! ! sapa lagi yang boleh lawan dengan Ed kau tu super duper handsome bagi kau dan paling penting Add Math mesti kena A - at least . . .  baru boleh tawan hati kau tu "

" dia sorang je " Fika terangkat keningnya 

" gila meroyan la kau tak berubah langsung . .Iman tengah duduk paras menyembah kaki kot  " Ika sudah malas melayan  

" hmmmm. . . . . aku dengar la " Fika mencebik 
........................................................................................................................

-luahan hati heartbeat pacemaker-


baca semula cerita ni mcm lawak pun ada....hakikatnya nak ceritakan bahawa . iman kita tak terlalu kuat bila dah masuk bab ikhtilat ni ....point dekat last tu ... 'iman tgh duduk paras menyembah kaki' bila angau dan terngat secara sengaja atau tak sebenarnya , menghampiri zina hati , sekadar teringat still ok , tapi yg salahnya apabila terlalu melayan sangat apa yg diingat tu...jaga hati duhai kawan :)


SUKA - SUKA LIKE YEA