Wednesday, August 20, 2014

APA AKU NAK SELALU TAK DAPAT

Bismillah..

kali ni aku nak cerita sikit pasal perjalanan ... ok perjalanan la sangat  tak serious...

aku tahu perjalanan hidup aku tak best mcm orang lain...tapi aku nak cita gak tak kira ! (apaakumengarut)

 dah ready untuk perjalanan kita hari ini ??? (bajet ada org baca )

al kisahnya aku baru sedar and perasan yg hidup aku telah diaturkan oleh Maha Pencipta yang sangat teliti dengan penciptaanNya :) dan aku manusia yang memang sangat-sangat kena bersyukur dengan nikmat yag diberikan alhamdulillah....

sejujurnya aku  bukanlah pelajar contoh , low profile , senang cakap not too genuis  neither too bad . so-so je la ... start drp lepas UPSR aku aku aku tak dapat 5 A pun 4 A 1 B sahaja kerana english selalu menjadi subjek yg paling bermasalah bagiku (sedih ). berbekalkan result yang sebegitu cacat rupanya aku nak sangat masuk sekolah agama. then kena la interview. malangnya, malang datang bertimpa-timpa aku tak dpt (sedih lagi ) aku sedar masa tu aku kurang ilmu agama nak2 tulis jawi ni sedih nak cerita sedih ni .... aku pun dengan pasrah hati berpaling tadah mendaftar diri di sekolah harian biasa...baru 2 hari mendaftar tiba2 kring2 "adik ,tahniah adik dapat sambung belajar disekolah smk*** "

then aku pun terima n daftar la ke sekolah premier tu yg rela terima kita seadanya ini ...aku masih tak hebat2 jugak kikiki .... ada exam untuk tentu kelas apa kita dpt , yang pandai english dapat la masuk 2 kelas terawal yang ambik bahasa german , yg lain,ni masuk kelas yg tak da bahasa tambahan , belajar mcm bdak sekolah biasa jugak...dan aku masuk kelas last sekali (nampak tak kat situ ketidakpandaian aku) masihkah org menilai kepandaian bedasarkan kelas ??? LOL ~   ok....agak2 kebudak-budakan , main-main , form 1 la katakan... namun , mendung bukan selamanya ...ada juga mentari bakal menerangi aku dpt no 2 masa final exam , dengan no 2 tu la aku melompat ke kelas Arif masa form 2 , kelas terawal antara kelas yg tak ambik bahasa german...dan mentari sedia menerangi sehingga aku form 3 , aku kekal lagi kelas tu ....masa ni PMR belajar pling relex habis-habisan ,mostly budak kelas aku skor 8 A dan aku masih dengan cacatnya english itu damn !!!  so , 7 A 1 B je la (sedih-sedih) hokay , perkataan give up tu apa ?? tak pernah dengar pun haha so , aku pasrah , oh sebelum tu tahun ni jugak la sekolah premier tu dah tukar jadi sekolah kluster kecemerlangan huaaa...ok aku bangga ok ...however , the title itu langsung tidak memberi apa2 effect pun...aku still kena study. oleh kerana ketika itu terlalu ramai yg dpt 8 A PMR  maka penuh lah kelas
 4 SN 1  dengan pelajar straight A . yg 7 A , 6 A n 5A ni kena la sedar diri masuk 4 SN 2 .... tp kelas ni best , depa friendly habis...dan aku dah mmg anggap mcm honeymoon habis pulak kan masa ni...akibat terlalu leka aku FAIL fizik ??? aku pun nangis ..sedih oo masa ni....tp itu dulu ....aku masih berusaha lagi sehingga aku tak sedar aku dpt masuk kelas 1st ??? 5 SN 1??? ohh betapa aku rasa tak layak disitu , betapa aku berjanji dgn kawan-2 aku kata nak kelas sekali masa form 5 ...and now ?? takdir apakah ... betapa berasa janggal dalam kelas itu ... err masa tu SPM tu je focus aku...masa ni aku masih terari-cari cara belajar , pandainya budak kelas itu membuatkan aku nak jugak jadi macam depa tp itu sangat mustahil kerana aku dah salah niat...aku niat nak jadi mcm depa bukan nak study demi ilmu tu sendiri demi Allah yang mengetahui ilmu disegenap penjuru dunia ini ....mungkin kerana itu , result aku cukup2 makan saja sebelah tangan saja A nya huaaaa(sedih lagi ) kejutan kali ni english aku sudah berjinak-jinak menyayangi aku and aku dpt A untuk ENGLISH masa SPM !!! setelah kemarau bertahun huhu ...then aku pun minta la matrikulasi dan upu ...

jujur , aku nak UPU nak sangat masuk UIAM buat asasi kat situ.. sbb ?? aku suka kan biah solehah , usrah , aku tak pernah merasainya di sekolah , jadi diharapnya tadir itu untukku .....semoga dapat UPU semoga dan semoga. guruh datang berdentum dentam kilat pancar memancar hancur luluh remuk remdam hatiku ini kerana aku langsung tak dpt mana2 tawaran  untuk sambung ke UIAM (metal breakdown). so , dengan hati hiba ini aku merajuk sampai johor matrikulasi johor ....aku sebenarnya tak expect apa pun la belajar kat situ ....apa yg aku tau aku nak tebus balik SPM aku .....rupanya semasa matriklah aku belajar banyak benda , aku belajar erti kerajinan , erti pengorbanan , erti persahabatan ..masa ni tak da istilah malas , dulu aku pemalas tahap dewa . tp masa matrik ni lah aku menjadi seorang yang rajin , kerana student matrik itu sendiri sebenarnya , pengaruh rakan yg kuat study , pengaruh rakan yang kaki masjid , pengaruh sekeliling yg nak cari ilmu ..sambil terkejar masa , kalau org cakap matrik susah aku setuju ,tp tak mustahil kalau kita berusaha . masa matrik ni jugak aku berusaha bersungguh-sungguh ....aku seronok hidup dekat matrik sangat seronok sebenarnya ....segala memori masih segar dalam ingatan sungguh aku rindu matrik rushing-rushing....kuliah , pensyarah banyak mmbantu , sporting habis ....pendek kata belajar matrik lagi best drp sekolah sbb masa ni kita dah ada kesedaran .....biah solehah mungkin kurang sbb banyak 'belangkas' jugak kat KMJ tp program agama dekat KMJ pling awesome :) usrah ada , ceramah ada... sedangkan pengarah KMJ pun berjemaah bersama student di masjid pada setiap waktu nak2 waktu subuh tu ha....hebatkan ??? (banyak pulak masa matrik ni kalau nak cerita jd sampai sini je la psal matrik takut nanti berkajang pulak)

maka pada Jun 2014 tamatlah perjalananku sebagai pelajar matrik , aku pun minta UPU dan USM??? kenapa nak jugak minta USM tu ??? tak sedar ke kau tu tak layak ?? USM tu terlalu hebat  !!! aku cakap awal2 lagi aku tak nak kena lelong  , sapapun tak suka dilelong , tu yg aku back up USM walaupun aku tahu aku tak layak disitu aku tahu tu .... tapi aku nak jugak mintak degil ....and result keluar Ogos 2014 ...resultnya ???? aku k tak dapat pun UPU (aku prefer UKM masa ni nostalgia mak abah aku dulu2 ) aku tahu UPU mmg tak suka aku pon drp aku lepas SPM lagi aku tahu . dan aku pun ??? alhamdulillah berkat sikap degil aku  nak minta USM ,  aku pun dapat lah USM tu siap bg dengan 1st choice lagi tuh....uwaaaa bestnya :)

apa yang aku nak highlight kat sini sebenarnya , kita jangan pernah give up !!! jangan sedih sekalipun apa yg kita nak tak dapat semuanya ada hikmahnya , Allah dah susun perjalanan hidup kita dengan sangat teratur , kita cuma kena menjalaninya dengan tabah dan berusaha , dan jangan mengalah bila jatuh , terus bangun ! dan bangun ! dan kesabaran sangat penting semua orang mampu dan tak terkecuali walau seorang pun.

1. aku nak sangat masuk sekolah agama  TAK DAPAT tapi aku dapat masuk sekolah kluster ,

2. aku nak sangat masuk UIAM  TAK DAPAT tapi  aku dapat perbaiki diri di KMJ

3. aku nak sangat masuk UKM lepas matrik TAK DAPAT tapi aku dapat USM dan aku redha ....

dan perjalanan seterusnya ???? entah lah hanya Allah yang mengetahui ... :)

sesungguhnya Allah tak akan bagi apa yang kita mahu tapi Dia bagi apa yg kita pelu dan Dia bagi yang ebih baik sehingga rezeki yang datang dengan cara yang tak diduga

semoga perjalanan aku lepas ni lebih diberkati Allahumsolli a'lamuhammad




SUKA - SUKA LIKE YEA

Tuesday, August 5, 2014

karut mengarut

" benci benci benci " "mom  and dad

kenapa ??? kenapa ??? kenapa ???

kesedihan melanda diriku , dibalik wajah yang tenang jiwaku memberontak , hati disiat bagai dihiris sembilu di tarik nafas agar setiasa tenang dan sabar , perlu kan masa untuk bertenang , nak marah ??? ditakutinya berdosa.... melawan ??? ditakutinya juga berdosa ??? dosa ??? dosa ??? dosa ???
sampai bila harus bersabar ??? sampai bila ???

Anna. Namanya diberi.

mom and dad please forgive me.... i'm just can't live without both of you


sebenci mna pun kita kat parents kita , sejahat-jahat mana pun mereka , mereka tetap ibu ayah kita...

i learn .

_take note my friend_


ok the end .

klau ada org tanya aku kenapa suka post-2 tergantung-gantung  macam tu then habis macam tu jer ???

saja

suka

something

kelainan

dan

tak

direct

sebenarnya

lebih

kepada

maksud

tersirat

i'm

not

a

good


writer

ok stop...sambung sini jer mengarut ja tulis sepatah-sepatah mcm tu..saya buka penulis novel , pencinta bahasa dan sebagainya , cuma saya sangat suka sesuatu yang ada kelainan contohnya seorg yg mysterious gitu...yg menjadikan org terfikir kenapa macam tu instead apa dia mengarut ni ??? ok now ringkas dan padat. again terfikir ...membuatkan org terfikir sejenak . dia tidak terlalu santai tapi ada point , klau saya spesis yg suka tgk idea dan point. TETTTTT




SUKA - SUKA LIKE YEA

Tuesday, February 26, 2013

BERI DIA PELUANG !

waktu break 2 jam . . . . . 

Fina , Minn dan Aina, 3 sekawan  berada di dalam library tingkat dua blok D bersebelahan dengan makmal Biologi . setelah tamat waktu Biologi mereka bertiga bergegas ke perpustakaan untuk study group . Kononnya ! ada kalanya terdengar usikkan , sesekali terdengar pulak gelak ketawa . yeah walaupun di dalam library . namum , mereka bertiga bijak mengawal keadaan daripada di ketahui ' guard library ' .

*agak boring eh ?* 

eheh 

" ehem . . . . tumpang lalu awak bertiga sekat laluan saya ! saya nk pilih buku kat rak ni sekarang urgent ! nak sembang pun cari la meja dengan kerusi kat library ni banyak je kerusi meja yang kosong . . . ni tak cari celah celah rak ni menganggu betul lah ! "

Fina , Minn dan Aina serentak memaling wajah mereka ke suara itu . . . . GLUP ! masing - masing kelihatan ketakutan , cuak , risau , bimbang , terkejut , nak menagis ( ok hiperbola di situ ) . lalu mereka bertiga bangun dari duduk dan terus berlalu sambil menunduk . 

setelah masing- masing mendapat tempat di kerusi dan meja yang kosong dia menjeling-jeling lelaki tersebut . 

" apa dia ingat library ni kakak angkat punya jiran punya adik punya nenek diakah sampai nak halau orang ! dah halau kutuk pulak ! " Finn mendengus entah kenapa dia berasa amat sakit hati apabila tersindir oleh lelaki itu mungkin kerana dia yang memilih tempat itu awalnya .

Minn hanya mengangguk dan terus menyiapkan Logharitm dalam buku latihan Add Mathnya . sesekali ada juga dia merungut .

" orang macam mamat tu aku rasa bukan setakat nk buat laki  nak buat kawan pun jangan harap ! " 

" ah ha . . . kau tau tak yang dia pernah kena tangkap merokok dekat belakang bangunan blok A masa form 3 . tp orang macam dia tu tgk pun dah tahu yang dia tu perokok . first , dia tak kan berubah . second , masa depan tak ada . third , hidup dia hancur ! " 

kek kek kek Fina dan Minn ketawa mengekek mereka lebih suka mengumpat dan mengutuk orang sebaliknya Aina hanya mampu menunduk lalu mengeleng , baginya , Fina dan Minn memang best kalau buat kawan tapi tidak untuk mengutuk orang , dia sudah lali dengan perangai Fina dan Minn itu yang tak berubah itu . sudah banyak kali dia menasihati kawan- kawannya sebaliknya respon mereka menghampakannya . 

" eh sedap tak ? "

serentak Fina dan Minn mengalih wajah mereka ke arah Aina pelik

" apa yang sedap ? " tanya Minn lurus 

" daging manusia yang hampa dua ratah tu , dengan ada darah , berulat , busuk lagi "

serentak kening Fina dan Minn terangkat cuba menangkap maksud Aina

" erk . . . . e'e apa ni kotor la benda tu nak ratah pun welkkk " Fina membuat muka geli

" dah tu suka makan darah daging saudara sendiri ? ' '

" awak berdua , ya ! dia tu nampak je macam tu . dan yes ! dia perokok tapi suatu  masa dahulu . bukan sekarang ! please stop and tolong bagi dia peluang untuk berubah ! jangan la hampa dua dok kutuk dia . kalau dia yang kutuk hampa dua cam na ? sakit hati kan ? agak la nak kutuk pun . maybe kita benci dan tak suka dia tapi siapa tahu Allah lebih sayang dia dari kita ! yang tu kita tak tahu . yes dia lebih mulia daripada anda yang kuat agama ini tapi hakikatnya hampa dua suka mengumpat ! ingat Dia Fina , Minn , saya sayang sngat hampa dua sebab kita sahabat , sayang sangat ! dan saya tak nak hampa dua terpesong , jom la kita sama - sama masuk syurga , kutuk orang , hina orang mengumpat tetap salah ! berdosa , jaga lidah jaga hati jaga diri ! beri peluang kepada mereka yang kita kutuk itu  untuk berubah ! beri peluang itu  sedangkan Allah sentiasa membuka pintu taubat , nikan pula kita manusia yang tidak sempurna dan tidak ada apa - apa ini "

---------------------------------------------------------------------------------------


SUKA - SUKA LIKE YEA

Saturday, February 23, 2013

TANDA TANYA TANPA JAWAPAN PASTI

' ' assalamualaikum ! waszzz up ? ' '

' ' waalaikumsalam bro ! ' '

' ' do ? ' '

' ' thinking ' '

' ' caramel or jelly ? ''

' ' caramel ' '

' ' chocolate or vanilla ' '

' ' both ' '

' ' cola or pepsi ? ' '

' ' no thanks ' '

' ' computer or lappy ? ' '

kini keningnya terangkat . namanya Muhammad Jerry Tan atau senang dipangil Joey oleh rakan sepasukannya . ya ! dia mualaf . 

' ' tarbiah or dakwah ? ' '

' ' both ' ' sebaris senyuman disedekahkan kepada rakan tercinta

' ' wanita solehah or ' wanita tepi jalanan ' ? ' '

Joey berhenti menyiapkan tugasannya

 ' ' both too ' '

' ' why ? ' '

' ' sape tak nak perempuan cantik dan ada akhlak baik punya tapi kalau semua orang berebut yang solehah je macam mana yang tak solehah tu ? ' '

Jade berhenti menulis disertakan dengan tanda tanya yang tiada penghujung .

masing - masing diam seribu bahasa . ya ! kalau semua lelaki dalam dunia ni idamkan wanita solehah je macam mana yang tak solehah tu ?

' ' maksud kau ? ' '

' ' kalau mereka tak solehah dan dapat pulak jodoh  yang tak soleh siapa yang bawa mereka ke jalan yang benar ? lepas tu hanyut begitu saja ? ' ' 

' ' bergantung kepada diri sendiri ' '

Joey terkulat-kulat mengangguk bagi mengiakan kenyataan sepatah Jade . siapa sangka Jade yang disangkanya dulu mat rempit tak tentu hala kaki rewang tepi jalan sekarang lebih arif tarbiah berbanding dirinya .  

' ' aku teringat khai ' ' 

' ' khai ? ' '

masing- masing terdiam sekali lagi , runsing memikirkan hal Khai kemudian serentak mereka mengeleng .

' ' aku harap dia berubah ' '

' ' tak ! aku harap dia kembali macam dulu ' '

Joey mengangguk ' ' aku harap macam tu jugak ' '

Jade menunduk sambil berdoa dalam hati agar Allah beri keampunan kepada Khai . kerana wanita Khai ! kerana wanita ! Khai merupakan rakan sekelas mereka sewaktu sama - sama belajar di sekolah menengah dahulu . Khai la yang paling ' alim ' di kalangan mereka . yang paling kerap gerakkan mereka waktu subuh yang sering memberi tazkirah pagi pagi tak cukup dengan itu pakaiannya juga menunjukkan dia ' alim ' yes . . . dia bersongkok sepanjang masa kecuali waktu tidur . Namun . kini ? segalanya berubah ! segalanya berubah ! hanya kerana seorang wanita ! kerana wanita yang ' kononnya solehah tapi ? '   kerana itulah Joey dan Jade insaf dan tak kan sesekali mempercayai wanita dalam hidup mereka cukup lah dengan ilmu agama bagi mereka baitul muslim dikemudiankan kerana banyak perkara yang perlu di kejar  berbanding fikir soal jodoh , cinta manusia , cinta monyet semua tu tiba masa barulah boleh fikirkan orang yang sealim Khai tu pun boleh rosak kerana wanita inikan orang yang tak seberapa alim seperti mereka ? 

siapa mereka menafikan kenyataannya ? manusia boleh berubah ! yang tak alim boleh berubah jadi alim , yang bukan Islam boleh berubah jadi Mualaf , paling ditakuti yang alim dan sedia ada ilmu didada dikuatiri berubah kepada kejahatan pula ?    

----------------------------------------------------------------------------------------

^_^ kredit to pemilik hati _heartbeat pacemaker









SUKA - SUKA LIKE YEA

Tuesday, February 12, 2013

aku bukan manusia yang ada sentimental value !

kepala yang tidak gatal digaru . . . mulut diketapkan . . . kening terangat keatas kepala pula digeleng-geleng beberapa kali . . . 

'' cintaku kepadamu umpama bulan dipagari bintang ''

hahahaha terbahak-bahak aku ketawa 

'' cintaku padamu tak akan padam hingga ke akhirnya ''

hahahaha kali ini ketawa berdekah -dekah sampai terguling - guling 

'' semoga jodoh kita sampai awal . saya harap awak jadi jodoh saya ''

hahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha ketawa aku kali ini lebih marak lagi bahkan hampir terpengsan disini jugak . aku mengejek kata-kata itu sambil ketawa !

tap suis tv ditutup !

aku ialah aku







semak oii !

siapa tak kenal aku secara betul betul dan ingat aku mudah jatuh cinta memang silap besar la sbb aku bukan sentimental punya orang ~

simple ! yes . aku jenis manusia yang simple dan bencikan hal hal emosi , biarlah ianya datang sendiri bila hati aku terbuka . study la bagi habis at least one day cita-cita aku nak jd specialist tercapai dan ilmu fardhu ain dengan ilmu kifayah mantop mungkin time tu baru nak buka hati kot ! tp kalau tak sampai aku pasrah mungkin jodoh aku untuk wildan (bidadari lelaki) di syurga nanti alhamdulillah berusaha la bg dpt masuk sana kan ? bukan susah laksanakan apa Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang pasti syurga menjadi milik kita yeah ! berusaha ! chaiyok ! . . . untuk masa ni jangan buat lawak la aku sakit perut dah gelak hal hal emosi ni . alah buat penyakit aku semakin kronik ja . sanggup ker tengok aku semakin sakit ? 

aku sakit = fobia dengar perkataan CINTA MANUSIA YG BERLAINAN JANTINA  hahaha ~ LOL ! memang tolak tepi awai-2 istilah tu 

AKU PENIPU !

yes aku penipu besar kepada diri sendiri sebab tak mengaku hal perasaan ni . aku pernah ada perasaan kat seseorg ni tapi aku bukan jenis yang suka looking forward biarlah suka dah ! STOP ! situ tak yah nak lanjut lanjut kata aku couple , bercinta or kawin oh ! noway !  welkkkkk termuntah oren ja tak pasai 

FRIENDZONE !

aku ramai sangat kawan lelaki ! eh ? yeah ramai la jugak dlm lebih drp sepuluh kalau kira kawan-2 tuisyen , skolah , jiran . . . ramai la tp bagi aku senang ja . . . diorang semua sama . . . dia disini ke dia disitu ke anda tetap sama . oh sebelum tu ada jugak yang agak lain dari yang lain tapi hakikatnya lepas kenal lama - lama sama jugak ~ kesimpulannya kawan aku semua sama ja . . .dan KAWAN SAMPAI BILA - BILA PUN TAK BOLEH JADI KEKASIH anda faham ? kalau anda menafikannya memang silap besar la sebab aku bukan manusia yang ada sentimental value ! bahaya ! weh ! .tp apapun aku straight ok ! 

HATI PERASAAN ! 

ok stop jangan buat aku ketawa terguling-guling . aku juga manusia biasa suka suki ja baca novel cintan cintun layan je tp tak da la sampai terguling baca kisah cinta tapi kalau kisah tu berlaku betul memang tahap nak termuntah hijau jer hahaha kelaka la anda tak padan dengan tak da nilai sentimental . payah hidup dengan manusia macam aku ni tak da sentimental automatik tidak romantik hati keras bak batu kerikil kerikil tajam jer muahahaha 

* kenyataannya inilah aku lagipun cinta Allah pun tak kejar ! berbakti kepada mak ayah pun tak mampu ! belajar pun tak habis ! kerja pun tarak ! ada hati nak kejar cinta manusia ? ? ? fushhhhh tersentap ! memang sah la aku tak kan jatuh cinta manusia gini . . . sedarlah wahai anda ! yes anda terasa itu termasuk la saya  *





SUKA - SUKA LIKE YEA

Wednesday, February 6, 2013

" janji tau kalau satu hari kita terpisah tak tegur sapa kena ingat sampai bila - bila yang kita pernah kenal antara satu sama lain lebih daripada seorang kawan . . ."  Ed menghabiskan kata - katanya . . .

"oii !!!! " 
tersentap ! 

" eh kau ni kacau la aku baru nak jiwang teringat kat dia kacau daun limau purut betul la " jujur Fika

 laju tangan Ika merayap ke dahi Fika

" kau deman ke ? ya Allah kau ni aku tau la lepas SPM jangan la dok buat rindu mcm tu . . . macam orang angau tau tak ! " tutur Ika sambil ketawa terbahak - bahak .

" so , kalau aku angau pun ? "

" hmmm dulu kau la seorang yang anti couple . . . couple is trouble la . . . couple itu haram la . . . ha. . . . sekarang ni kau nak kata apa bila diri sendiri rasa apa orang len rasa " bidas Ika

" ehe hello . . . aku masih berprinsip ok . . . aku bukan couple aku just teringat ja . . . salahkah ? sapa yang tak pernah ada perasaan sepel macam tu ? cuba bagitau aku ha . . ." 

" ok la aku faham buat macam aku tak kenal kau tu macam mana . . . bala dah mari . . . nah ambik secret admire kasi " Ika menghulur surat berwarna pink 

" Kimi ? " soal Fika dengan kehairanan 

" ah ha . . . dia yang selalu tweet kau , selalu ym kau . . . facebook kau setiap hari tu . . . "

PRAK !!!!

" kau koyak kertas tu sikit pun tak teringin nak baca ? " kata Ika dengan riak terkejut 

" kenape salahkah ? " tanya Fika

" aku tak suka la . . .  aku nak halang dia aku tak reti . . . aku biar je dia buat apa yang dia suka even tak kan sentuh aku or tegur aku or sembang - sembang face to face tapi aku rimas dalam twitter , fb , ym rancak pulak . . . aku malas la nak layan . . bila aku layan pun tak sepenuh hati  . . tp aku layan pun bagi sedap kan hati dia ja . . . apa dia ingat aku nak hadap sangat ker ? senget je . . .  hipokrit macam tu  ko tau tak ! " Fika mengeling ke arah Ika 

" orang dah suka buat tak nak . . . tolak rezeki betul la kau ni "

" aku dah ada orang lain . . . when kita dah start suka orang tu walaupun dari umur kita enam tahun dahulu  sampai sekarang and sampai bila - bila pun  kita akan suka dia "

" kau biar betik ? kawan sepermainan kau yang kau selalu cerita kat aku tu ? sapa nama dia ? Ed ? kau agak la dah 8 tahun kot kau dah hidup tak kan dia  tu jugak pilihan hati " 

" nak buat cam na start aku pindah rumah , aku ditakdirkan jiran dengan dia , kawan sepermainan dengan dia . . . serious dia dulu sangat la comot ! gemuk ! perut boroi makan banyak ! tapi sekarang dah tinggi . . . matang pulak tu . . pakai spek makin handsome pulak kulit tak de la gelap sangat ala - ala aku jugak . . . hidung mancung haishhh aku memang tak leh lupa . . . dia la jiran aku yang aku paling rapat tapi aku dah lost contact bila start form 1 dia masuk SBP  aku pulak masuk skolah Kluster sedih kot berpisah . . . nak jumpa pun dah jarang "

" sabar la doa - doa la kisah kau nanti macam kisah saidina Ali dengan Fatimah Az-Zahra k . . . bagus kau dah lost contact dengan dia . . . kau lebih bersedia . . . alang - alang dia jiran kau lagi la mudah urusan tu sabar ek . . . "

" aku rindu dia . . . teringat aku selalu main masak - masak dengan dia lumba lari dulu hahaha lawak gila time tu "

" bala - bala kesian Kimi bertepuk sebelah tangan nak buat cam na dah orang tak nak kau cari orang lain la jawabnyer . . . eh banyak perkara kot dia dah buat kat kau tak kan tak cair kot . keras bin batu kau ni kan "

"  CINTA TAK BOLEH PAKSA LA ! ! ! ! ! mangkuk ayun kembang semangkuk semangkuk - mangkuknya la dia tu !!! " tegas Fika 

" ye lah ! ! ! sapa lagi yang boleh lawan dengan Ed kau tu super duper handsome bagi kau dan paling penting Add Math mesti kena A - at least . . .  baru boleh tawan hati kau tu "

" dia sorang je " Fika terangkat keningnya 

" gila meroyan la kau tak berubah langsung . .Iman tengah duduk paras menyembah kaki kot  " Ika sudah malas melayan  

" hmmmm. . . . . aku dengar la " Fika mencebik 
........................................................................................................................

-luahan hati heartbeat pacemaker-


baca semula cerita ni mcm lawak pun ada....hakikatnya nak ceritakan bahawa . iman kita tak terlalu kuat bila dah masuk bab ikhtilat ni ....point dekat last tu ... 'iman tgh duduk paras menyembah kaki' bila angau dan terngat secara sengaja atau tak sebenarnya , menghampiri zina hati , sekadar teringat still ok , tapi yg salahnya apabila terlalu melayan sangat apa yg diingat tu...jaga hati duhai kawan :)


SUKA - SUKA LIKE YEA

Thursday, January 31, 2013

kembali 2 tahun kebelakang . . . .

Assalamualaikum !

waalaikumsalam . . . jawab salam itu wajib . . .  .

kembali 2 tahun kebelakang ? sekarang umur aku 18 tahun 2013 , kalau undur 2 tahun kebelakang umur aku 16 tahun . form 4 ! 2011 ada apa dengan form 4 ? menarik sangatkah tahun ini haha 

menarik ? menarik la sangat tahun tu . . . sambil buat muka toya . bukan apa . tahun tu la aku terasa dihargai . cewah dihargai la sngatkan tak de la 'terasa' tu .

Ash ( bukan nama sebenar ) . he's my classmate . 4 SN 2



amboi . . . apasal berkisah pasal dia ni spesel sangat ker mamat ni ?
aku striaght to the point je lah yer . . . 

first time aku kenal dia masa aku ditakdirkan masuk 4 SN 2 dengan berbekalkan result 7A's 1 B in my PMR   . . . terpisah la aku dengan kawan-kawan aku yang dapat straight A's kelas 4 SN 1   . . .tp bukan semua . . .  aku  masih ada kawan yang kekal bersama aku , yang dapat result seangkatan dengan aku hehe 

pertama kali aku ternampak dia terkejut la jugak tak sangka aku sekelas dengan dia . kalau orang lain pun pertama kali nampak dia pun mesti tak sangka dia boleh jadi ' member ' aku . . . kamcing tak kamcing jugak arrr agakla kan . . . sebab apa tak sangka ? because he's physical ^_^ yea . . . dia merupakan seorang pengemar jean , sweater nipis , dan yang paling penting . . . short ( seluar pendek ) . paling and paling tak boleh belah rambut dia sebijik macam rambutan haha ( jahat ni kutuk kawan sendiri ) dia tinggi drp aku , ketinggian aku bawah sikit drp bahunya haha ( rendahnya aku ) T_T 

awal tahun dia tak ada la rapat sangat dengan aku . . . tapi setelah aku ' terpaksa ' berubah tempat ,  dipindahkan tempat yang berhadapan dengan mejanya huahuahua . . . start tu la aku jadi rabung sembang dengan dia bergelak ketawa ada saja celotehnya . aku selesa mengarut dengan dia tiap-tiap hari opss...lagi satu dia minat perempuan yang free hair , dia juga mengeshorrr kan aku dengar lagu rape me tuuuuu teruk tak ??? yes.. mesti ramai orang akan kata dia teruk . . . tapi tidak bagi aku . . . dia tahu aku ada adik dan kakak pastu suka hati dia suruh aku kirim salam kat depa dua. . . tudia sempoi tak mamat ni ? ? ?  slumber je kan ? first time aku kenal orang macam ni . . . 

teruk betul . . .  seburuk - buruknya dia tetap di hati aku cewah ye la semua kawan aku di hati aku . . . 
( mcm orang angau ja aku ni )

cuma ada something yang menyebabkan aku tak sangka dia sebenarnya lebih mulia daripada 'seseorang yang aku kenal sebelum-sebelum ni ' something macam mana la tu . . . yes . . . I can't see Islam at his cover but I can see Islam in himself . . . dia sukakan dakwah walaupun hanya mendengar dakwah misalnya Ustaz Azhar Idrus . . . jujur , aku tahu pasal UAI ni pun daripada dia ==' , aku pernah la bagi nasihat dekat dia pasal-pasal Islam . . . yang bestnya  ia bagi response yang sangat positif subahanallah . 

'' nak tahu tak aku baru lepas balik daripada kem tu , best ! nak tau tak fasilitator tu bg ceramah cam na ? ''

'' apa ? ''

'' nak dengar ? ''

Ash mengangguk 

'' apa yang kita nak jawab kalau ada kanak - kanak kecil tanya kita Allah tu kat  mana ? tak nampak pun "

Ash hanya diam terkedu dan aku hanya tersenyum melihat reaksinya

'' macam ni la cerita kat budak tu . . . al kisahnya cewah . . . ada di sebuah istana terdapat raja yang bertanyakan pendetanya , jika benar Allah itu wujud tunjukkan kepada aku sekarang . buktikan ! . . . dan pendeta itu pun membancuh sirap dan ditambah dengan beberapa sudu gula . . .pendeta tu pun suruh la raja  minum air sirap tu . bagaimana rasanya ? raja itu menjawab sedap . kalau perah limau lagi sodapp ni . . . pendeta itu pun berkata . . . begitu juga Allah kita tak nampak Dia , tapi kita boleh rasa Dia ada . . . "
tersandar Ash pada kerusinya lalu berkata . . . 

" best la aku ada member macam hang ni . . . " 

masa ni la aku terasa dihargai . siapa sangka masa form1 hingga form3 aku agak jarang bercakap dengan kaum adam tetapi form4 aku kawan dengan ramai kawan lelaki dan mereka kebanyakkannya  sekelas dengan aku . siapa yang 4SN 2 dulu dialah kawanku :) 

' mereka tetap kawanku ' tapi banyak dah berubah setelah aku berpindah 'naik' kelas 5 SN 1 . kami dah jarang bersembang macam dulu . . . kini sekadar menyalur salam saja . . . sehinggalah aku terbaca artikel dakwah & akhwat . . . 

aku tahu . . . Allah mesti marahkan sebab aku  bergaul rapat dengan mereka sebab tu Allah pisahkan aku . ya aku bahagia bila dipuji COMEL oleh ahli kelas itu tambah-tambah budak lelaki , Allah tak nak bagi aku riak , ujub dan takbur bila dipuji . . . Allah pisahkan aku kelas yang lebih baik 5 SN 1 kot . . . aku rasa aku tak layak disitu , tak layak sekelas dengan mereka yang pndai dan terlalu pendai pada pandagan aku . . . aku lagi sedih sebab dah tak rapat dengan ahli 4 SN 2 macam dulu . . . sedih tau muehehehe . . .

tapi tak pa aku redha . . . Allah tak mau bagi aku bergaul bebas dengan mereka , Allah nak suruh aku fokus study lebih dah nak SPM kan lagipun masa tu . . . baik betul Allah subahanallah  . . . Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya . . . terlalu bebaskah aku masa tu ? muhasabah ! 

itulah kisahku 2 tahun dahulu . . . sedih ? berdosa ? hanya tinggal kenangan diranting usiaku ^_^ jauh disudut hati aku nak bersembang mesra seperti dulu , tapi aku sedar ada kalanya tidak perlu terlalu bebas dalam berkawan dengan mereka yang berlainan jantina dengan kita . . . . 

- jauh disudut hati heartbeat pacemaker - 







SUKA - SUKA LIKE YEA