Thursday, January 31, 2013

kembali 2 tahun kebelakang . . . .

Assalamualaikum !

waalaikumsalam . . . jawab salam itu wajib . . .  .

kembali 2 tahun kebelakang ? sekarang umur aku 18 tahun 2013 , kalau undur 2 tahun kebelakang umur aku 16 tahun . form 4 ! 2011 ada apa dengan form 4 ? menarik sangatkah tahun ini haha 

menarik ? menarik la sangat tahun tu . . . sambil buat muka toya . bukan apa . tahun tu la aku terasa dihargai . cewah dihargai la sngatkan tak de la 'terasa' tu .

Ash ( bukan nama sebenar ) . he's my classmate . 4 SN 2



amboi . . . apasal berkisah pasal dia ni spesel sangat ker mamat ni ?
aku striaght to the point je lah yer . . . 

first time aku kenal dia masa aku ditakdirkan masuk 4 SN 2 dengan berbekalkan result 7A's 1 B in my PMR   . . . terpisah la aku dengan kawan-kawan aku yang dapat straight A's kelas 4 SN 1   . . .tp bukan semua . . .  aku  masih ada kawan yang kekal bersama aku , yang dapat result seangkatan dengan aku hehe 

pertama kali aku ternampak dia terkejut la jugak tak sangka aku sekelas dengan dia . kalau orang lain pun pertama kali nampak dia pun mesti tak sangka dia boleh jadi ' member ' aku . . . kamcing tak kamcing jugak arrr agakla kan . . . sebab apa tak sangka ? because he's physical ^_^ yea . . . dia merupakan seorang pengemar jean , sweater nipis , dan yang paling penting . . . short ( seluar pendek ) . paling and paling tak boleh belah rambut dia sebijik macam rambutan haha ( jahat ni kutuk kawan sendiri ) dia tinggi drp aku , ketinggian aku bawah sikit drp bahunya haha ( rendahnya aku ) T_T 

awal tahun dia tak ada la rapat sangat dengan aku . . . tapi setelah aku ' terpaksa ' berubah tempat ,  dipindahkan tempat yang berhadapan dengan mejanya huahuahua . . . start tu la aku jadi rabung sembang dengan dia bergelak ketawa ada saja celotehnya . aku selesa mengarut dengan dia tiap-tiap hari opss...lagi satu dia minat perempuan yang free hair , dia juga mengeshorrr kan aku dengar lagu rape me tuuuuu teruk tak ??? yes.. mesti ramai orang akan kata dia teruk . . . tapi tidak bagi aku . . . dia tahu aku ada adik dan kakak pastu suka hati dia suruh aku kirim salam kat depa dua. . . tudia sempoi tak mamat ni ? ? ?  slumber je kan ? first time aku kenal orang macam ni . . . 

teruk betul . . .  seburuk - buruknya dia tetap di hati aku cewah ye la semua kawan aku di hati aku . . . 
( mcm orang angau ja aku ni )

cuma ada something yang menyebabkan aku tak sangka dia sebenarnya lebih mulia daripada 'seseorang yang aku kenal sebelum-sebelum ni ' something macam mana la tu . . . yes . . . I can't see Islam at his cover but I can see Islam in himself . . . dia sukakan dakwah walaupun hanya mendengar dakwah misalnya Ustaz Azhar Idrus . . . jujur , aku tahu pasal UAI ni pun daripada dia ==' , aku pernah la bagi nasihat dekat dia pasal-pasal Islam . . . yang bestnya  ia bagi response yang sangat positif subahanallah . 

'' nak tahu tak aku baru lepas balik daripada kem tu , best ! nak tau tak fasilitator tu bg ceramah cam na ? ''

'' apa ? ''

'' nak dengar ? ''

Ash mengangguk 

'' apa yang kita nak jawab kalau ada kanak - kanak kecil tanya kita Allah tu kat  mana ? tak nampak pun "

Ash hanya diam terkedu dan aku hanya tersenyum melihat reaksinya

'' macam ni la cerita kat budak tu . . . al kisahnya cewah . . . ada di sebuah istana terdapat raja yang bertanyakan pendetanya , jika benar Allah itu wujud tunjukkan kepada aku sekarang . buktikan ! . . . dan pendeta itu pun membancuh sirap dan ditambah dengan beberapa sudu gula . . .pendeta tu pun suruh la raja  minum air sirap tu . bagaimana rasanya ? raja itu menjawab sedap . kalau perah limau lagi sodapp ni . . . pendeta itu pun berkata . . . begitu juga Allah kita tak nampak Dia , tapi kita boleh rasa Dia ada . . . "
tersandar Ash pada kerusinya lalu berkata . . . 

" best la aku ada member macam hang ni . . . " 

masa ni la aku terasa dihargai . siapa sangka masa form1 hingga form3 aku agak jarang bercakap dengan kaum adam tetapi form4 aku kawan dengan ramai kawan lelaki dan mereka kebanyakkannya  sekelas dengan aku . siapa yang 4SN 2 dulu dialah kawanku :) 

' mereka tetap kawanku ' tapi banyak dah berubah setelah aku berpindah 'naik' kelas 5 SN 1 . kami dah jarang bersembang macam dulu . . . kini sekadar menyalur salam saja . . . sehinggalah aku terbaca artikel dakwah & akhwat . . . 

aku tahu . . . Allah mesti marahkan sebab aku  bergaul rapat dengan mereka sebab tu Allah pisahkan aku . ya aku bahagia bila dipuji COMEL oleh ahli kelas itu tambah-tambah budak lelaki , Allah tak nak bagi aku riak , ujub dan takbur bila dipuji . . . Allah pisahkan aku kelas yang lebih baik 5 SN 1 kot . . . aku rasa aku tak layak disitu , tak layak sekelas dengan mereka yang pndai dan terlalu pendai pada pandagan aku . . . aku lagi sedih sebab dah tak rapat dengan ahli 4 SN 2 macam dulu . . . sedih tau muehehehe . . .

tapi tak pa aku redha . . . Allah tak mau bagi aku bergaul bebas dengan mereka , Allah nak suruh aku fokus study lebih dah nak SPM kan lagipun masa tu . . . baik betul Allah subahanallah  . . . Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya . . . terlalu bebaskah aku masa tu ? muhasabah ! 

itulah kisahku 2 tahun dahulu . . . sedih ? berdosa ? hanya tinggal kenangan diranting usiaku ^_^ jauh disudut hati aku nak bersembang mesra seperti dulu , tapi aku sedar ada kalanya tidak perlu terlalu bebas dalam berkawan dengan mereka yang berlainan jantina dengan kita . . . . 

- jauh disudut hati heartbeat pacemaker - 







SUKA - SUKA LIKE YEA

Wednesday, January 30, 2013

RIGHT HERE RIGHT NOW !

di ruang luar pondok yang berhampiran masjid sambil leka menulis " Diary of the Year " . . . kedengaran rentak dan irama Lament by Devotees menyusuri corong kedua-dua belah  telingga Ed .

You
You like to live
like to believe
Essence of life is fun
Want
Want to pretend
The life that you live
Has no guiding hands and you 


" such a beautiful song . . .kalau la semua orang dapat paham makna tersirat lagu ni kan best ! " tutur Ed .  Tanpa disedari bibirnya terkumat kamit mengikut lirik lagu tersebut . . . entah kenapa pada petang itu lagu sedemikian menjadi pilihannya . . .

Jumped into the monies
And never looked back
Moved away from righteousness
You want it all
And don't care if you fall
You wanna see the world
You wanna be the world


bukan senang nak jadi baik , tak semudah memasak mi maggi , tak semudah membancuh kopi pekat untuk minum petang tak semudah memakan limau tahun baru ( semuanya makanan ==' ) tak semudah tu . . . 

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya sendiri (Ar Ra'du : 13) 

Try
Try to believe
The reason to live
Eternal compassion
You'll feel it deep within inside of you

serangkap lirik itu menyedarkan dirinya . . . '' the reason to live '' . . . hampa , kesal dan sedih dengan dirinya sendiri yang pernah tenggelam dek badai dosa semalam . . . hanya kerana tidak tahu tujuan sebenar hidupnya diarinya di tutup dan disimpan kemas ke dalam beg galasnya . . .
MasyaAllah diraup mukanya berkali-kali . . .  

Grasp
The chance to live
A new life
A new beginning
But you

“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.”
(Imam Al-Ghazali)

rangkap seterusnya ...a new life , a new beginning !! penghijrah ! tepat sekali jawapannya ! teruskan kesedaran ini Ed :D insaf dan berubahlah ke arah yang lebih baik Ed . . . 

Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya.
(Al-Hadid: 21)


Why
Do you throw life away
Don't you wanna be among
The ones who faught for the truth
When you eyes were blinded
By the taste temptation in your life
Then tell me why must you



aku , Ed ! sedang termenung sensorang bukan teringatkan si dia pujaan hati bukan teranggan-anggan angaukan si dia pencuri hati tapi teringat dosa-dosa-dosa-dosa lalu .... earphone yang tergantung kemas ditelingganya ditarik perlahan-lahan kerana sudah selesai lagu  itu . . . 

dia yang dahulu mungkin akan gelak terbahak-bahak terguling-guling kepada dirinya sekarang ni jika dibanding dengan dia yang dahulu umpama langit dan bumi . . . ya . . .siapa sangka break dance , shuffle , hip hop dance itu semua menjadi kebanggaannya suatu masa dahulu kini sudah tidak ada makna semua itu . . . . 

'' bumi siapa kita pijak , langit siapa kita junjung . . . sampai kita nak berlagak kepada Pencipta kita sendiri . . . . dikatanya haram tetap dihalalkan juga . . . sedangkan niat tidak menghalalkan cara . . . " sebahagian daripada ayat akhi  tempat usrah kelmarin . . .walaupun ayat tersebut kedengaran tegas tetapi biarlah pahit dalam berdakwah yang penting beruntung disana . . .

Allahu Akbar !!!......

kedengaran azan Asar berkumandang , fighting Ed ! segera berdiri tegak walaupun separuh jasadnya mahu duduk kembali ....terus melangkah ke hadapan walau pun kakinya terasa berat . . . '' ikhlaslah wahai hati, berkorbanlah Ed '' rintih Ed dalam sebaknya . . . . . diteruskan jua langkahnya sehingga ke pili air untuk berwudhuk dan seterusnya ke tempat solat dan menunaikan solat sunat tahiyatul masjid 2 rakaat dan solat sunat rawatib awal waktu .... setelah iqamah dilaung oleh bilal . . .(solat)


...............................................................................................................................

Ed : watak utama  ialah aku , kau dan dia yang ingin berubah ! 

_kredit to Pemilik Hatiku_ heartbeat pacemaker ^_^ 










SUKA - SUKA LIKE YEA

Monday, January 28, 2013

CUTI - CUTI CINTA HAHAHA

ASSALAMUALAIKUM !!!

muehehehe...dah bagi salam gelak pulak ehhh hmmm.... mcm besa la last post yang dipost kata nak smbung balik sekarang ni smpai 2013 pun tergendala begitu je kan.....acehe tajuk di atas tak leh belah betul !

CUTI ??? CUTI ???  2013 CUTI ???

ramai orang tengah pergi skolah belajar la ..... as ' pelajar lepasan SPM ' aku je yang cuti haha

lama dah tak tulis . . . sebenarnya memang malas nak tulis dah rasa macam nak ''GAME OVER" ja blog aku ni... tapi memang tujuang awal buat pun just for fun memang tak bersungguh malah cuti - cuti pun buzy . . . ye la bangun pagi kemas tempat tidur , mandi , kemas rumah lepas tu dalam pukul 10.00 pagi (kadang - kadang time tak sharp pun) masa ni kena masak nasi , bila dah kata '' masak nasi '' tu menyeluruh semua la ya jangan tak paham pulak , pastu basuh baju , sidai baju (orang utaqa faham la ni) lipat baju kerja rumah yang simple tapi memenatkan mana nak besiang (siang) ikan lagi...tu tak kira berapa bnyak luka kat jari kena sisip ikan yg besar besar , sakit la tapi sikit ja semua tu... mana nk kira air mata yang mengalir bukan kerana sedih tetapi kerana menghiris bawang pedih ! hehe tangan yang luka terhiris pisau .. . ni lah rutin seharian aku ! BOSAN kan ??? tapi aku tak rasa bosan macam tu . . . penat aku rasa la ! hadiahnya GUNAKAN INTERNET SEBAIKNYA setiap hari tweet sana tweet sini ....like sana like sini ...poke sana poke sini usha blog tu usha blog ni , movie sana movie sini...dan sebagainya .


setiap hari buat benda yang sama . . . nasib la dah abah dengan mak tak bagi pergi kerja mana - mana so, duduk rumah 24 jam praktik ERT ( Ekonomi Rumah Tangga) yang belajar time form 1 until form 3 dulu hehe minggu ni my sister balik cuti sem katanya so, kerja memasak berganti kepadanya selebihnya kerja aku T_T

" buat je lah kerja rumah tu esok-esok dah masuk U sibuk belajar lepas habis U kerja pulak . Bila nak lagi belajar semua tu. Itu semua ibadah sayang " kata mak ku


berbekalkan kata- kata mak tu aku akur ...  memang betul pun kalau bukan hari ni bila lagi aku nak buat semua tu . . . daripada aku yang liat nak kemas rumah dulu....bertukar kepada aku sekarang ni yang jenis kalau nampak berselerak sikit je tahan ja telingga ahli keluarga yang lain sebab tukang berleter bertambah dirumah aku ni awalnya ibuku sorang ja haha kini aku turut berleter . . . baru aku faham sebab apa mak aku suka berleter sangat ^_^

soseh sana soseh sini dah menjalani rutin yang sama setiap hari tapi aku rasa kosong sangat dalam diri aku . . . aku mula muhasabah diri balik , santapan rohani aku ... aku tersenyum sendiri  . . ya !. aku bersyukur sebab Allah takdirkan aku membaca blog beberapa hamba Allah yang bergelar daie yang sanggup menyalurkan dakwah mereka melalui medium sosial . . Allahmdulillah aku dah ada kesedaran sekarang ni kalau tak cuti-2 dihabiskan dengan drama korea setiap hari . . .  tetapi kini hari ku dipenuhi dengan rahsia ^_^ . . . . . . aku azam melaksanakan perintah Allah . . . perkara sunat jugak ! boleh jadi apa yang berlaku pada aku selepas membaca blog akhi dan ukhti . . . iman aku melonjak tinggi bak setinggi langit dan lama kelamaan iman itu akan jatuh merundum rebah kebumi semula . . . ya sebab kita bukan malaikat ' ada hari kita baik ada hari kita jahat ' sebenarnya aku dah lama jatuh cinta dengan jalan tarbiah dan aku berazam ingin berhijrah kearah yang lebih baik ' . . . aku ingin mempunyai kumpulan usrah yang saling  menyayangi , aku ingin hidup dalam suasana islamisasi begitu . . . aku teringin sangat  . . . aku mahu meletak keyakinan yang tinggi dalam diri mengenai Islam dan ukhuwah fillah amin ~~ alang-2 aku akan ke tempat baru iaitu melangkah ke Universiti , inilah azam 2013 aku . . . aku ingin ke jalan tarbiah sebenarnya. . . .aku pernah alpa dahulu . . . aku peminat k pop . . . drama korea . . sampai separuh gila aku meminati semua tu kerana pengaruh kawan bukan kehendak aku sendiri . . . aku bersyukur sebab dah tersedar sekarang ni . . . no more lagu korea tapi drama korea layan la jugak hoho (aku ingin berlaku jujur ok ) no more pemuda korea yang handsome- handsome ( nabi yusuf mesti handsome lagi :D ) OK ! kegalakan disitu no more ! sekarang ni dengar lagu nasyid ja . . . kadang - kadang terdengar lagu korea jugak tapi cuma dengar je hanya mengutuk diri sebab tak boleh berkorban yang tu aigoo....lagu-lagu melayu ok la yang cintan cintun tu aku cakap nanti aku nyanyi utk suami aku muehehe (galak lagi) ==' lagu nasyid sebagai halwa telingga aku : D

PERSEDIAAN !!!

seperti tajuk di atas , mukadimahnya melalut dengan kerja rumah segala bagai . . . hehe jadi sebagai persediaan aku ke jalan tarbiah yang aku ingin cari ,  aku akan cuba lakukan aktiviti di bawah ni ada satu list dah sebenarnya ! : D

1 . solat di awal waktu ( insya Allah ) 
2. setiap hari baca Al Quran ( hafal ayat lazim dan betulkan tajwid )
3.  al mathurat pagi dan petang ( pastikan buat walaupun malas )
4. solat dhuha !! (Allah akan murahkan rezeki kita )
5. berzikir sambil buat kerja rumah ! selawat ke atas nabi ! ( nanti nabi bagi syafaat dia kat kita dapat la kita sama-2 masuk syurga )
6. sedekah ! sedekahkan wang atau bacaan yaasiin utk armahum tok wan belah mak  , tok belah mak tok wan belah abah dan armahum adikku tercinta Sakinah Bt Mohd Salleh yang telah pergi tinggalkan kita semua sekeluarga pada 10 Januari 2013 tabah fyqa ! sabar fyqa ! ( kerana Allah ambil adikku aku ingin berubah ) 
7. tutup aurat dengan sempurna . stokin pakai jugak tau .hehe tak cantik tak pe yang penting tutup aurat . . .

cukup la kot yang ja  tu sebenarnya banyak lagi tapi biarlah menjadi rahsia hatiku ~ 

KEMANA SELEPAS INI ???

aku mahu ke UIA !!! sebab apa mahu kesitu ??? aku mahu berubah jadi baik , senior disana pernah bagitau UIA bukan tempat budak-2 baik tetapi tempat nak berubah jadi baik ! aku sanggup belajar bahasa arab walaupun aku tak da basic , aku sanggup ! aku mahu bercakap English macam air sebab kat sana full dengan komunikasi English cik kak dan paling penting aku mahu hidup dalam suasana ISLAM dan penuh tarbiah , aku mahu itu semua . . . tapi kalau aku tak ditakdirkan disitu sekalipun , aku masih dapat lakukan itu semua ditempat lain Allah knows better than us . . . . . 

-kerana aku tak baik aku ingin jadi baik-

PENGHIJRAHAN !






SUKA - SUKA LIKE YEA